PRU-13 menyaksikan banyak peristiwa-peristiwa pelik yang berlaku, sebagai contoh pengundi "bangla" dan "blackout" yang menimbulkan pelbagai kontroversi. Sehinggakan masyakat lantang menyuarakan hak mereka. Pada pandangan saya, politik bukan hanya membawa pertelingkahan di antara parti2 politik sahaja, namun ianya memberi kesan terhadap kehidupan seharian masyarakat samada individu mahupun keluarga. Bila berbicara topik "Politik" pasti ada sahaja pertelingkahan yang akan berlaku kerana setiap individu pasti akan bermati-matian menyokong parti politik mereka, walaupun dengan hujah yang tidak masuk akal dan tidak logik untuk di fikirkan.
Perkembangan PRU-13, kini rakyat malaysia mula berani bersuara dan menyatakan pendapat dan hak mereka. Kini mereka mula "berfikir" akan konsep "keadilan". sebagai seorang pelajar saya berpendapat bahawa faktor kepincangan yang berlaku di dalam negara dan budaya politik yang tidak sihat seperti penyebaran fitnah berbaur hasutan dan lucah serta politik wang menyebabkan rakyat mula merasa tidak berpuas hati terhadap kerajaan sedia ada. Selain itu, pelbagai kontroversi yang melibatkan pemimpin atasan menyebabkan rakyat mula bangkit untuk menentang pentadbiran mereka.
Terdapat sesetengah individu tidak terlalu memikirkan soal politik ini, mereka beranggapan bahawa politik ini hanya untuk "orang-orang politk" dan mereka tidak merasakan bahawa terdapat kepentingan mereka di dalam politik. Sebenarnya berbicara mengenai politik tidak semestinya kita melibatkan diri di dalam politik.
Soal Politik berkaitan dengan Negara
Soal Negara berkaitan dengan Rakyat
Soal Rakyat berkaitan dengan Masyarakat
Soal Masyarakat adalah Persoalan "Individu"
Jika anda membiarkan sesebuah kerajaan itu bersifat mementingkan diri dan "kroni" ini bermaksud anda telah membiarkan kezaliman berlaku terhadap negara, rakyat, masyarkat dan individu. letakan sesuatu yang hak di tempat yang sepatutnya dan hapuskan kebatilan demi kesejahteraan rakyat.
BN dan PR merupakan 2 komponen parti politik yang bersaingan di Malaysia untuk menjadi pemerintah, kita sedia maklum BN merupakan parti politik yang menuntut kemerdekaan daripada pihak British dan pada masa itu BN di kenali sebagai parti Perikatan yang di pimpin oleh Tengku Abdull Rahman. Sehingga kehari ini negara kita di tabir oleh Bn. manakala PR hanya wujud pada tahun 2013 hasil penyatuan 3 parti politik utama iaitu. Pas, Keadilan dan Dap. Ketiga-tiga komponen parti politik ini bergabung untuk membentuk sebuah parti yang kuat bagi menentang BN. PR merasakan bahawa terdapat kepincangan yang berlaku di dalam pertadbiran negera khususnya melibatkan pemimpin atasan parti dan mereka merasakan bahawa wajar bagi mengantikan kerajaan yang bersifat menjaga kepenting tertentu ini.
Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, suka saya memetik kata-kata seorang guru yang banyak memberi inspirasi kepada saya dan rakan-rakan sewaktu di bangku sekolah..
"Seandai di akhirat kelak nanti Allah bertanya kepada kita, Menagapakah kamu tidak memilih kerajaan islam untuk mentadbir sewaktu kamu masih hidup di dunia, sedangkan kamu menyatakan kamu beragama islam"
bayangkan apa yang kita hendak jawab di dpn Allah s.w.t
sama-samalah kita renungkan. selamat beramal
