Hari ini merupakan hari pertama saya "meng"update blog ni setelah di tinggalkan setahun lamanya. sebelum tu saya nak perkenalkan diri terlebih dahulu, nama pena saya "Putera Bayu" tengok kat tepi tu, berumur 23 tahun dan sekarang ni masih belajar di intitusi pengajian tinggi tempatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, korang taw tak?? maklum bagi "orang lama" mereka hanya mengenali Maktab Perguruan Sultan Idris" kalau UPSI ni mereka "blur-blur" sikit.. sebenarnya saya bukanya nak cerita tentang UPSI ni, saya cuma nak bagi tahu bahawa saya dah mula fikir tentang sesuatu yang di anggap sebagai "masa depan" mungkin kot umur yang semakin dewasa ni membuatkan saya "terfikir" benda tu haha... jangan marah ya, saya bukanya "bigak" kalau dalam bahasa melayu maksudnya "gatal". Nak Kahwin memang la lumrah semua makhluk yang bernama manusia...
saya anak pertama dari 5 orang adik beradik, adik saya yang no. 2 da habis belajar (kolej) manakala yang no. 3 sedang menduduki tingkatan 6 adik yang no. 4 ni, hurmmm..... bermasalah sikit, sikap kuat ponteng sekolah semakin menjadi-jadi, nak tegur pun susah sebab ayah ngan ibu pasti bela dia.. paling bongsu ni baru tahun 3, baru tadi pagi dia hantar msj dengan aku guna fon mak dia tulis " Abang daus kau memang jelek" hahaha... aku tergelak masa baca mesej ni.. Maklum la adik aku yang bongsu pantang bila kami abg dan kakak-kakaknya mengatakan yang dia tak hensem. cuma yang bongsu ni pelik sikit sebab kadang-kadang cara dia berfikir macam orang dewasa sikit... nak kenapa????
Cerita Adik Bongsu Aku
1. Situasi Kipas Rumah Terbakar
Masa kejadian Ayah ngan Mak aku sedang tengok Tv, Tiba ada bau something terbakar macam bau elektrik, tiba-tiba kipas kat depan TV berasap apa lagi... orang pertama cabut lari adalah adik bongsu aku, masa tu uisa baru 6 tahun..
"dialog antara Ayah dan Adik Bongsu Aku selepas kejadian tersebut"
Ayah : P kenapa ko lari tadi???
Adik : Diam.......... dengan muka yang serius
Ayah : Kenapa tinggalkan ayah ngan mak tadi...
Adik : Adik bukannya tinggalkan ayah ngan mak, tapi adik sensititf dengan asap sebab itu adik lari cepat2 td
Ayah dan mak pun tergelak habis dgn penjelasan adik... hahaha
cerita seterusnya akan bersambung......
Mohd Fifi Hafizi ,Adik bongsu aku.. amcam hahaha...

apalah 2.....serius uda kta membaca last2x bersambung pula -.-
ReplyDeletetggu sambunganya mira hehe...
ReplyDelete